Belajar e-book di Marang.........
Pada pukul 7.30 pagi, aku mula bertolak ke Marang untuk menghadiri seminar e-book..Perjalanan mengambil masa 30 minit hingga 45 minit untuk sampai ke destinasi...Tapi agak terlambat tadi, coz aku perlu menghantar adik ke SMA Durian Guling, untuk pengdaftaran Ting 6..Moga pilihannya untuk masuk ting 6 adalah terbaik baginya....
Perjalananku menjadi semakin lambat kerana kenderaan amat sesak. Namun setelah berhempas pulas, akhirnya berjaya juga sampai di bahagian Teknologi di Marang..Ini pertama kali aku datang ke sini. Jadi berasa agak kekok untuk mencari bilik seminar..Setelah bertanya 'guard', akhirnya aku tiba di bilik seminar. Pendaftaran sahaja mengambil masa 10 minit..banyak borang yang perlu diisi.
Seminar amat sempoi, jadi rasa selesai dengan suasana ini...Aku dapat banyak input yang belum aku ketahui. Tapi dalam hati xsabar rasa nak balik. coz ada ketika, aku rasa amat bosan. Yela, semua yang diajar, sudah aku ketahui...
Tepat je pukul 4.30 petang. kaki aku terus melangkah keluar dari bilik seminar...tidak sampai 5 minit, kereta ku telah meninggalkan pagar PPD marang...dalam pukul 5.15 petang, aku telah sapai di rumah kesayanganku....